Saturday, January 25, 2014

Pekerjaan Yang Mungkin Paling Pelik Di Dunia

Siapa sangka pekerjaan membuang tahi telinga wujud di dunia ini.Semua orang tahu bertapa nikmatnya apabila mengorek telinga sendiri,tetapi bagaimana rasanya apabila telinga kita di korek oleh orang lain?

Seperti lelaki 38 tahun dari New Delhi, India, dia di katakan sangat mahir dalam mengeluarkan tahi telinga, orang membayar kepadanya untuk melakukannya pekara ini untuk mereka.Tidak di nyatakan dari sumber berapa hasil di perolehi setiap kali perhikmatannya di perlukan,tapi itulah hakikatnya. Pelik tetapi benar.










- See more at: http://isuterhangat.blogspot.com/2013/09/pekerjaan-yang-mungkin-paling-pelik-di.html#sthash.0mgExhwt.dpuf

Lukisan dalam permata

Ini merupakan sebuah permata yang dikenali sebagai OPAL, Opal yang unik ini ditemui oleh penggali di Oregon USA yang seperti mempunyai lukisan dunia lautan di dalamnya. Ternyata opal ini sangat cantik kerana seolah-olah terdapat dunia beserta kehidupan didalamnya.

Nikmati beberapa gambar menakjubkan dibawah


1.
Photograph by Inna Gem | innagem.com



2.


Photograph by Inna Gem | innagem.com



3.


Photograph by Inna Gem | innagem.com



4.


Photograph by Inna Gem | innagem.com



5.


Photograph by Inna Gem | innagem.com



6.


Photograph by Inna Gem | innagem.com



7.


Photograph by Inna Gem | innagem.com



8.


Photograph by Inna Gem | innagem.com



9.


Photograph by Inna Gem | innagem.com



10.



 Sumber
Category

Tempat Bunuh Diri Orang Jepun Di Hutan Aokigahara

Bunuh diri kelihatannya bukan pekara yang pelik di Jepun, kita sering mendengar tentangharakiri  bunuh diri terhormat bagi orang Jepun. Seppuku / Harakiri (切腹) merupakan salah satu adat para samurai, terutama jeneral perang pada zaman Bakufu dengan merobek perut mereka dan mengeluarkan usus mereka agar dapat memulihkan nama mereka atas kegagalan ketika melaksanakan tugas dan / atau kesalahan untuk kepentingan rakyat.

Disebabkan gejala bunuh diri di Jepun mungkin diilhamkan oleh pekara seperti itu bahkan di negeri Sakura ini terdapat sebuah tempat yang sering di gunakan oleh orang untuk mengakhiri hidupnya. Tempat tersebut berada di gunung Fujiyama yang cukup terkenal di ngara tersebut sebagai tempat yang sangat indah. Namun disebalik keindahan gunung ini ternyata menyimpan sebuah cerita gelap kehidupan, yaitu ada di salah satu bahagian dari gunung ini merupakan tempat yang paling sering digunakan untuk melakukan bunuh diri

Nama tempat tersebut adalah hutan Aokigahara, atau disebut sebagai "Jukai" ertinya lautan pokok. Budaya Jepun memang cukup memberikan toleransi terhadap bunuh diri. Kerana bunuh diri dianggap sebagai bentuk kesucian atau harga diri dan kehormatan.Tidak hairan kes bunuh diri begitu banyak berlaku di Jepun.
Berikut inilah gambar hutan Aokigahara beserta rangka dan manusia dalam keadaan tergantung di pelbagai tempat di dalam hutan ini.





















=> sumber 
- See more at: http://isuterhangat.blogspot.com/2013/10/tempat-bunuh-diri-orang-jepun-di-hutan.html#sthash.KmA6MQdY.dpuf

Guna Ular Sembelih Ayam Untuk Hidangan


KALAU tak sanggup menjadi seorang pemakan sayur sepanjang hayat, biarlah berpada-pada dalam memilih menu makanan. Lebih-lebih lagi, kalau ia melibatkan kekejaman terhadap haiwan. Pada awal bulan lalu, pegawai kerajaan China telah bertindak untuk menutup restoran-restoran yang menghidangkan hidangan ayam yang digigit oleh ular beracun.
Sajian makanan itu yang disediakan di beberapa buah restoran di Guangdong dan Chongqing, dikatakan bertoksik. Namun, bukan isu itu yang menimbulkan kekecohan di media massa dan laman blog. Cara penyediaannya yang cukup ngeri dan tidak bertimbang rasa, menyebabkan sesetengah orang berasa ia tidak boleh diterima akal.
Video yang dimuat turun di laman sesawang menunjukkan bagaimana seorang tukang masak yang memegang seekor ular memaksanya mengigit berulang kali dan menyalurkan racun kepada seekor ayam hidup. Setelah hampir seminggu isu ini diuar-uarkan dan diperbesarkan oleh para pencinta haiwan, akhirnya, satu kata putus diambil agar kekejaman ini dihentikan dengan segera.
"Cukup keji dan zalim," tulis satu mesej yang dihantar dalam sebuah portal. "Ia bukan sahaja satu perbuatan ganas dengan membiarkan ular menghisap darah ayam, tetapi ia tidak bermoral," nyata sebuah akhbar di negara itu.
"Meskipun tidak ada sesiapa yang terkena keracunan makanan, ia bukanlah satu langkah yang bijak untuk 'menyembelih' haiwan di atas meja," kata seorang pegawai kesihatan.
Ada juga suara-suara yang menyatakan sebaliknya tentang hidangan makanannya yang lazat. Terlebih dahulu, pegawai kesihatan telah mengarahkan pemilik restoran terlibat supaya berhenti menghidangkan menu tersebut.
Berita ini tidaklah datang secara mengejut kerana benua besar itu telah lama merekodkan sejarah sajian eksotik sehingga menerima tentangan dan kutukan daripada pelbagai pihak. Antaranya ialah menyediakan sajian otak monyet yang masih hidup, musang, sup fetus rusa dan sebagainya.

SEORANG pekerja restoran memegang seekor ular untuk menggigit seekor ayam sehingga mati di atas meja pelanggan di Guangdong, China.

Dalam pada itu, sebuah restoran di China mempertahankan praktis penyediaan makanan yang kontrovesi ini dengan mengatakan ia baik untuk kesihatan. Para pelanggannya tetap kembali semula untuk mencuba.


"Kami memasak makanan itu sejak bertahun-tahun dan pelanggan kami tidak pernah jemu," ujar seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Zheng di restoran Shunde Renjia di bandar Foshan, Guangdong.

"Ini adalah menu makanan kami yang paling laris," katanya.

Katanya lagi, sebaik makanan atau ayam itu dipanaskan, toksin ular itu akan bertukar menjadi enzim yang membantu untuk mengekalkan badan yang panas dan membersihkan saluran darah.

"Laporan televisyen menjelaskan ia sangat beracun tetapi kami masih ada pengunjung termasuk keluarga yang membawa anak-anaknya," ujarnya mempertahankan tindakan itu.

Ada pengkritik yang menggambarkan pelanggan sebagai seorang yang tidak bertamadun atau bersamaan dengan haiwan.
- See more at: http://isuterhangat.blogspot.com/2013/09/guna-ular-sembelih-ayam-untuk-hidangan.html#sthash.lXBMnY7b.dpuf

Wednesday, January 22, 2014

HARUS TONTON… Turun Jeep, Terus Tendang Polis Bantuan

Sebelum apa-apa, tidak diketahui sebab sebenar yang menyebabkan pergaduhan di dalam video yang penulis kongsikan di bawah berlaku

Penulis melihat video berkenaan di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC) dengan tajuk ‘Anggota Polis Diserang?”



Daripada pemerhatian penulis, anggota berkenaan merupakan anggota Polis Bantuan bagi Felda berdasarkan logo yang yang tertera di bahu kiri anggota tersebut.

Butir perbualan tidak begitu jelas kerana kejadian berlaku di Sabah berdasarkan daripada loghat pekat yang digunakan individu di dalam video ini.

Bagaimanapun, daripada apa yang didengar, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu kemungkinan tidak berpuas hati kerana tindakan yang diambil oleh pihak polis bantuan kerana merobohan pondok yang terletak dalam kawasan Felda.

Tindakan pemandu berkenaan yang terus menyerang anggota polis berkenaan dengan menendang dan menumbuk itu tidak boleh diterima biarpun ada masalah di antara mereka.

Anggota polis yang ditendang cuba juga untuk membalas serangan lelaki itu bagaimanapun ditenteramkan oleh rakan-rakannya bagi mengelakkan pergaduhan menjadi lebih buruk.

Di bahagian akhir video berkenaan, kelihatan kedua-dua pihak bertelagah seperti akur mahu membuat laporan polis seterusnya menyelesaikan pertikaian itu di mahkamah.

Dialog biadab pemandu berkenaan “Memang aku kurang hajar,” selepas menendang dan menumbuk polis bantuan itu.

Walaupun bertindak menendang dan menumbuk, riak wajahnya ternampak juga bimbang jika anggota polis itu melawan dan menyerangnya semula.

Pada pukul berapa dan bila kejadian ini berlaku juga tidak dikethui – IBNU K/Mynewshub.my 

Peragut Sembunyi Tiga Jam Dalam Longkang


Temerloh - Seorang peragut bersembunyi selama tiga jam dalam longkang selepas terjatuh dari motosikal ditunggang abangnya dipercayai akibat panik kerana dikejar orang ramai yang menyedari perbuatan mereka meragut seorang wanita di Lorong Melor di Jalan Mok Hee Tiang di Mentakab di sini, kelmarin.
Remaja berusia 17 tahun itu dikatakan terperangkap bersama beg diragut mengandungi wang tunai RM19,000, terpaksa bersembunyi dalam longkang besar berhampiran tempat kejadian sebelum diberkas polis.
Dalam kejadian jam 3.45 petang kelmarin, mangsa yang berkerja sebagai penyelia sebuah restoran makanan segera dalam perjalanan memasukkan wang ke sebuah bank berhampiran.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebaik mangsa yang berusia 22 tahun melalui lorong itu, seorang daripada suspek menolak dan merampas beg dibawanya menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.
Beliau berkata, jeritan mangsa menyebabkan suspek dikejar orang ramai sebelum seorang daripadanya terjatuh dari motosikal dan terpaksa menyorok di dalam longkang manakala seorang lagi melarikan diri.
“Polis berjaya menahan suspek pertama yang bersembunyi dalam longkang besar bersama beg berisi wang berkenaan manakala suspek kedua ditahan di kediamannya di Taman Seri Layang, Mentakab dekat sini pada jam 12.30 tengah malam,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, kedua-dua suspek adik-beradik itu dikatakan tahu pergerakan mangsa kerana pernah bekerja di restoran berkenaan sebelum berhenti dua minggu lalu.
“Mangsa luka dan calar di lengan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Mentakab,” katanya.
Abdul Aziz berkata, polis turut merampas motosikal, sarung tangan, topeng dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah ragut. - Lapor myMetro
- See more at: http://rfm2u.blogspot.com/2014/01/info-peragut-sembunyi-tiga-jam-dalam.html#sthash.H9uMz0RK.dpuf

Lelaki Bangang Jahit Mukanya Dengan Kepala Anjing


Tahun lalu heboh diperkatakan di kalangan pengguna rangkaian sosial di Brazil . Seorang seniman tampan yang tidak disebutkan namanya mengambil bangkai kepala anjing untuk dilekatkan secara kekal ke wajahnya dengan alasan seni dan kelihatan menjadi seperti manusia anjing sebenar melalui pembedahan .
Hasilnya benar -benar kelihatan sempurna menjadi manusia anjing. Namun ramai yang berpendapat pekara itu tidak akan boleh kekal kerana darah manusia dan anjing berbeza dan tidak mungkin disatukan sehingga lama kelamaan kepala anjing yang menyatu tersebut akan membusuk. 
Tidak disebutkan bagaimana kesinambungan nasib si seniman bodoh ini .
Seharusnya , seni itu menghasilkan keindahan. Tetapi " seni " menurut seniman ini nampaknya tidak ada satupun yang mencerminkan keindahan, yang ada malah kelihatan bodoh .
Orang lain banyak yang ingin tampil lebih kacak , atau lebih cantik dan sexy, tetapi orang ini malah ingin menjadi makhluk yang lebih rendah. Sungguh degradasi moral yang sangat rosak teruk .